2 July 2012 posted at 15:24 ♥
0 COMMENT(S)
assalamualaikum dan hai you hai you ;)
sekarang jam di laptop aku tertera digit 6:09 AM . dari semalam mata belum tertutup lebih dari lima saat . nak sahur punya pasal kan . mau harapkan jam loceng or alarm handphone ni , memang boleh blah laa campak sungai . macam semalam -.- semangat berkobar kobar dah mau puasa , sekali bangun dari tidur , eh ! pahal terang semacam ? cek jam kat handphone , 7:49 AM -.- sahur laa sangat matahari dah terpacak tengah tengah langit tu . so , nak taknak terpaksa jadi burung hantu . malam berjaga siang mengorok :D
hala tuju selepas ni , part two .
bagi sesiapa yang rajin tekan older post - older post tu , memang teda laaa part one . ada sebenarnya , tapi di blog lama . dan blog tu telah dihapuskan buat selamanya . yela , blog masa zaman muda remaja masih angau dengan cinta monyet . post entry cuma seayat dua . kalau panjang pun post pasal ketidakpuasan dan caci maki . bahasa malaysia & english tunggang langgang . siap pakai bahasa bahasa budak sekolah yang suka pakai like - aQuew pOwn cHayuNk ngArn KaU bHuw . <-- paling lah punya bahasa tu . entah sapa laa yang masih setia pakai bahasa perosak bangsa , siap huruf besar kecik besar kecik lagi -.- yih . malu dengan sejarah hidup ku . eh , kau pun kan ? jangan laa mau tipu aku . nda pernah remaja lah tu kalau nda pernah pakai bahasa camtu :p HAHA .
ba , sambung .
hala tuju . orang sekeliling aku sekarang dok sibuk menanya . lepas ni pegi mana pula ? dapat di mana daa ? keputusan bila keluar ? orang kat NC lagi laa . kau nda sambung belajar da ka lagi dik ? haha . aku ni ada muka muka budak lepasan SPM yang gagal paper nda dapat sambung belajar terus cari kerja ka . kot muka aku ni bukan muka muka orang berjaya kali kan ? :D
hari tu program pengajian aku selama setahun di kolej matrikulasi labuan tamat masa awal bulan lima . sekarang ni awal bulan tujuh . jadi dah dua bulan la aku banyak habiskan masa dengan Nutrition Club . keputusan kemasukan Universiti bagi pelajar lepasan matrikulasi sesi 2011/2012 mau keluar dah . jangan risau jangan khuatir . nda lama juga lagi . minggu depan kalau tak silap . sebab bilang Encik UPU :
MINGGU KE-2 JULAI - STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/ MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013 .
caya tak ? kalau tak , pegi lah laman sesawang UPU cek sendiri . ha , tu ja laaa . minggu depan aku dapat keputusan dah aku update lagi bagitau seluruh dunia melalui blog ni aku dapat mana ya . kihkihkih . kalau tak dapat masuk mana2 U , ha , diam diam dah aku dari dunia cyber buat beberapa bulan akan datang . so faham faham lah kalau aku menghilangkan diri nanti :D
InsyaAllah kalau dapat tawaran , awal bulan 9 bertolak pegi U yang suda ditempatkan . ha , berpisah lagi dengan orang rumah , berpisah lagi dengan encik husband . haha . statement minta penampar .
lepas or masa sambung study , kalau dapat restu ibu bapa dan keluarga , tunang . tak pun terus nikah . woooow . jadi lah aku mahasiswi yang beranak pinak . hahaha . takpa , kawin awal boleh elak maksiat , dah tu awet muda lagi . kau ada ? :p
# aku belum tidur , jadi otak pun mula pusing , mata pun kuyu dah , jari jemari masih lancar menaip tapi dah mula merepek . so , better for me to take a nap first . petang masih kena pegi NC .
jumpa lagu di entry seterusnya , kbai .
#unrelated but meaningful picture to share :)







