10 March 2012 posted at 03:43 ♥
0 COMMENT(S)
assalamualaikum .
pejam celik pejam celik ,
49 hari lagi aku akan mendiami blok karisma B tingkat satu bilik 21 .
1 bulan 18 hari lagi aku akan tinggal sebilik dengan tracy , diana & joanne .
lepas tu , masing masing akan pulang ke pangkuan keluarga masing masing menunggu panggilan menara gading yang di mohon .
bjumpa ka lagi kami selepas ni ?
bgurau senda lagi ka kami selepas keluar dari KML ni ?
cuma Allah yang mengetahui nya .
hm . tak sangka pula rasa sekejap ja hidup di sini . padahal masa first masuk sini , hati mati mati mau cepat habiskan setahun . terlalu banyak kenangan pahit masam manis ak lalui di sini . hubungan dengan budak satu tutorial , dari rapat bagai nak rak , sekarang ? semua dah tunjuk belang masing masing . buat apa nak terus rapatkan diri kalau cuma menyakitkan hati kan . tapi aku bersyukur sangat rakan sebilik semua masih macam dulu :) cuma kekadang rasa sakit hati tu ada gak , yela , pasang lampu masa masih tidur , hempas locker , hempas pintu . haha . tapi teda simpan dendam , sakit hati seminit ja :)
oh , baru baru nih ak bru dapat result ujian pertengahan sem . pointer tetap sama - 3.49 . sama macam final sem lepas . alhamdulillah , walau nda tinggi macam kawan yang lain yang dapat 4 flat , tapi aku masih bersyukur . bsyukur teramat sangat . yela , belum terjebak di lingkungan 2.0 :D cuma , sifat malas aku masih lagi menghantui ku sekarang . sebulan lebih , sempat ka go through semua chapter ? -.- 10 bab dari prinsip perakaunan , 9 bab sumbangan business management , 12 bab dari additional mathematics and 7 dari economics . damn . 37 hari untuk cover semua bab tu . great kan ?
sekarang , masih lagi dibebankan kan oleh aktiviti aktiviti kolej . next week , ada minggu keusahawanan . menjual jual segala -.- malas ok . lagi , teater musikal . nasib kerja aku buat props dah habis . kurag satu beban . jadi ajk tarirobik . masa mula , buat persembahan tarian sway / tarian jomblo . belum hafal steps . great . last , rancangan perniangaan . kerja ak buat website pasal company tu . bhahahaha . harap harap dapat terkejar semua tu .
wish me luck !






